Agensi travel dan Umrah

Jual lebih banyak pakej tanpa tambah agent

Lead dari ads tanya "berapa harga" sepanjang hari, brochure dihantar manual, deposit dikejar guna spreadsheet. Chatz jawab soalan pertama, serahkan pembeli serius kepada consultant yang betul, dan jejak setiap bayaran ansuran sampai hari bertolak.

A woman in a pastel tudung uses her phone at a travel agency desk with a laptop and tour brochures.
Rasa macam kenal?

Apa yang melambatkan team anda hari ini

Beratus lead dari ads, lima soalan yang sama

Harga, tarikh, apa yang termasuk, makanan halal, cara bayar. Bot jawab semua ini daripada brochure anda sendiri, dalam Bahasa Melayu atau English.

Deposit dan ansuran dalam spreadsheet

Invoice dengan jadual ansuran, payment link CHIP, dan reminder untuk setiap ansuran dijadualkan dalam satu tekan.

Tak tahu ads mana yang sebenarnya jual seat

Ads Manager bahagi belanja iklan dengan bilangan seat yang terjual, bukan bilangan invoice, jadi satu keluarga enam orang dikira enam.

Apa yang pelanggan nampak

Jawapan laju, lepas tu orang sebenar ambil alih

Soalan rutin dijawab dalam beberapa saat daripada bahan anda sendiri. Bila pelanggan dah bersedia nak beli, orang yang ditugaskan masuk dengan segalanya sudah ada dalam thread.

Lead dari ads, dua minit pertama
Contoh perbualan
Assalamualaikum, nak tanya pakej Swiss & Austria Alps bulan 12
AutomatikWaalaikumussalam! Saya Mimi, consultant anda. Pakej 9D6N, bertolak 12 dan 19 Disember.
Kad sapaan daripada consultant yang ditugaskan
Automatik1 - Maklumat pakej 2 - Tarikh & harga 3 - Cakap dengan consultant
2
AutomatikHarga dari RM8,990 seorang (twin sharing). Deposit RM1,000 untuk lock seat.
Dijawab daripada brochure yang agensi muat naik
Boleh saya hantar invoice deposit untuk 2 pax?

Tengok Chatz disetup untuk agensi travel dan Umrah

Mula percuma, sambung nombor pertama anda dalam beberapa minit, dan jemput team bila dah sedia.

Tak perlu kad kredit · Cuba percuma 14 hari

CRM WhatsApp untuk Agensi Pelancongan & Umrah | Chatz